SELAMAT DATANG KE SMK LEMBAH KERAMAT

JALAN AU4,
LEMBAH KERAMAT,
54200 KUALA LUMPUR.

SMK LEMBAH KERAMAT

 

MAKLUMAT SMKLK

 

VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

 

MISI SEKOLAH

                         "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan                              Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

 

FALSAFAH SEKOLAH

Kepercayaan bahawa pelajar mempunyai bakat, potensi dan kecenderungan jika dididik, diasuh dan dilatih dengan sempurna akan membentuk seorang insane yang dicita-citakan oleh Negara.

 

WAWASAN SEKOLAH

Menjelang alaf akan datang, SMKLK akan menjadi pusat pembentukan para pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi yang memenuhi ciri-ciri insan yang diharapkan oleh agama, bangsa dan Negara untuk mengharungi arus hadapan yang penuh dengan cabaran dan rintangan. 

 "Updated 18 Jan 2015" 

LAGU SEKOLAH

 

Megah di tanah ibunda

SMKLK harapan negara

Di sinilah ilmu dipupuk dicari

Bersama menabur bakti 

Sekolah yang penuh berjasa

Penyambung wawasan anak bangsa

Namamu gemilang sentiasa dikenang

Di tanah pusaka moyang 

Berusaha, disiplin, jaya

Jadi amalan kita

Berbakti dan berjasa

Pada agama, bangsa, negara 

Kenangi jasa pendidik

Guru sebagai pelita ilmu

Menerangi alam yang gelap gelita

Demi mencapai cita

Berusaha, berusaha

Teruslah berusaha

Berusaha, berusaha

Tuju puncak jaya

 

 Pencipta     : Abdul Rahman b. Hassan

Penulis lirik : Fatimah bt. Setapa

                    Masita bt. Harum

 

LOGO SMKLK

Lencana SMKLK telah dicipta oleh pelajar dan diubahsuai oleh guru sekolah ini. Di bahagian tengah lencana terdapat obor bernyala yang melambangkan kejayaan para pelajar. Latar belakang lencana yang berwarna merah, kuning dan putih membawa maksud tertentu.

 

Warna-warna melambangkan :

 MERAH

 Keberanian dan semangat perjuangan pelajar untuk sentiasa maju  dalam pelajaran dan taat setia terhadap negara yang dicintai.

 KUNING  

 Sistem pemerintahan negara yang berdaulat berasaskan sistem beraja  yang utuh.

 PUTIH

 Kesucian dan keluhuran para guru dalam melabur bakti.


 
 
COGAN KATA
 
Di bahagian bawah lencana, tertulis cogan kata sekolah yang berbunyi :BERUSAHA, 
BERDISIPLIN, BERJAYA . Ini membawa maksud kegigihan serta sifat yang perlu ada pada diri setiap pelajar untuk mencapai cita-cita demi negara. Lambang ini juga menjadi simbol semangat dan usaha para pelajar untuk mencapai kejayaan di samping mengharumkan nama sekolah.
 

Tick-tock

Upcoming Events

No upcoming events

Recent Forum Posts

No recent posts

Recent Videos

No recent videos