SELAMAT DATANG KE SMK LEMBAH KERAMAT

JALAN AU4,
LEMBAH KERAMAT,
54200 KUALA LUMPUR.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

 

1.1      Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

  • PBS merupakan satu bentuk pentaksi ran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning.
  • PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
  • Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

1.2      Adakah PBS sesuatu yang baharu?

  • Tidak, PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, soal-jawab, persembahan dan lain-lain.

1.3      Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan?

  • Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada tahun 2012.

1.4      Apakah komponen PBS?

  • Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

1.5      Apakah penambahbaikan dalam PBS?

  • KPM telah membuat beberapa penambahbaikan antaranya melaksanakan Pentaksiran Rujukan Standard, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan perekodan penguasaan murid dalam aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).
  • PBS bertujuan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.
 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL (NKRA) KPM - MELUASKAN AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN

KPI 1 

(Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.)

 KPI 2

( Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.)

KPI 3

(Membangunkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) termasuk Trust Schools pada akhir tahun 2012.)

KPI 4

(Mewujudkan ganjaran Baru/Bai'ah (New Deals) untuk Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Penilaian Prestasi (Performance Based Assessment) mulai tahun 2010.)

Kurikulum Kebangsaan dan Misi KPM


KURIKULUM KEBANGSAAN
 
Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
 
 
MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia. 
  

TERAS PERKHIDMATAN

1. Berazam meninggikan muti perkhidmatan.

2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab.

3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.

4. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.

5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.

6. Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara.

7. Berpegang teguh kepada ajaran agama. 

Piagam Pelanggan SMKLK

Kami warga pendidik SMKLK Lembah Keramat dengan sepenuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

 Memastikan sistem pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu yang bersepadu, terkini, berkualiti dan berkesan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Menyediakan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, pantas, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada penambahbaikan yang berterusan. 

Memastikan semua guru dan staf sekolah berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

Memastikan kemudahan-kemudahan pendidikan selesa, lengkap dan mencukupi serta persekitaran bersih, ceria, selesa dan selamat.

Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan.

Menyediakan pendidikan rohaniah yang berlandaskan akhlak mulia dan daya ketahanan diri.

Melahirkan murid yang seimbang, aktif, sihat, cergas dan ceria melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum. 

Tick-tock

Upcoming Events

No upcoming events

Recent Forum Posts

No recent posts

Recent Videos

No recent videos